Pages

Followers

Tuesday, 15 April 2014

Perisian Utiliti yang harus ada dalam setiap komputer

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

Disebabkan aku tak boleh melelapkan mata jadi terlintas nak update blog aku ni.
jadi pos aku kali ni pasal apa perisian tambahan yang perlu korang pasang pada komputer korang.


Dibawah ini adalah perisian tambahan yang aku guna.



1. GOOGLE CHROME     : Web yang aku paling suka guna sebab IE( internet explorer) agak slow masa melayari internet.Walaupun ada Firefox, Maxton,Opera dan sebagainya, aku masih memilih google chrome.
   
2. LAUNCHY           : Ianya memudahkan kita membuka program atau segala macam fail kt komputer korang dgn hanya menaip keyword sahaja.

3. PICASA            : Ini salah satu Perisian Pengurus Photo dari En. Google, picasa boleh memaparkan semua gambar yg ada dalam komputer kita pada satu skrin sahaja.Picasa memudahkan kita untuk mengurus,melihat dan boleh buat edit yang asas  pada foto korang.Picasa ni jaga kualiti gambar jadi bila korang edit gambar kualiti gambar asal tak jejas.

4. DAEMON            : Virtual CD_DVD_ROM Emulator.Dengan daemon korang boleh mount CD image kt mana-mana drive.

5. OpenOffice SUITE  : fungsi macam microsoft office tapi percuma.

6. 7-ZIP             :  Uruskan fail jenis zip dan rar serta menyokong banyak format juga.Bagus da ringan pemasang(installer) dia. 

7. CCleaner          :  perisian ni bantu korang buang sampah dalam komputer korang dan fail yang korang tak perlukan dan buang daftar windows yg salah.bagusdan ifisien perisian utiliti ini.

8 . TrueCypt         : untuk privasi korang.korang boleh menyorokan apa yg korang rasa privasi samada fail atau apa -apa supaya orang lain tak boleh baca  atau lihat dan korang tak payah nak tunggu proses encrypt atau decrypt (terutama fail yang besar ).

9. VirtualBox        : VirtualBox membolehkan kita memasang OS yang lain di dalam windows sebagai guest OS.

10. ImgBurn          : Burn CD/DVD dengan cepat dan mudah.Perisian yang mudah dan tidak berat seperti Nero.


Banyak lagi Perisian Utiliti yang boleh korang pasang pada komputer korang.diatas ni serba sedikit perisian yg berguna untuk korang.selamat memuaturun.hehe :-)


link download software :


Sunday, 6 April 2014

Macamana nak Ubah URL Blog korang



Asssalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Pagi buta ni aku nak tulis pasal macamana nak ubah URL blog  ni. 
sebab apa aku nak ubah url blog ni.sebabnya link URL aku dah kena hack dan
bila klik URL blog aku terus masuk ke webpage lain. Ok taknak membebel lebih- lebih.


 cara nak ubah blog URL dalam blogger:

1.  Korang masuk ke Dashboard





2. Klik pada  SETTINGS tab



4. Klik PUBLISHING





5. Edit URL dan Simpan




itu sahaja cara nak tukar url setting.selamat beramal. amin :-)

mamatsjraiya 06042014

Sunday, 9 March 2014

Pray for MH730








KUALA LUMPUR: Setakat ini, nasib 239 anak kapal dan penumpang Malaysia Airlines MH370 penerbangan Kuala Lumpur-Beijing masih tidak diketahui.

Apa yang diketahui ialah pesawat terbabit merupakan sebuah Boeing 777-200 yang berusia 11.8 tahun.
Secara purata, pesawat MAS Boeing 777 mampu beroperasi selama 14.2 tahun.

Menurutlaporan APhari ini, Boeing 777 merupakan antara pesawat paling popular dan selamat dan berkemampuan untuk terbang selama 16 jam.

Boeing 777 mempunyai rekod keselamatan yang amat baik selama 19 tahun beroperasi sehingga tahun lepas.

Pada Julai 2013, sebuah Boeing 777 yang dikendalikan syarikat penerbangan Korea Selatan Asiana Airlines terhempas di landasan kapal terbang di San Francisco.

Tiga nyawa terkorban dalam insiden itu.

‘Nahas udara Tanjung Kupang’

Dua nahas udara pernah berlaku yang melibatkan pesawat MAS.

Kes nahas pertama dan paling teruk dalam sejarah MAS melibatkan kapal terbang MAS 653 yang terhempas di  Tanjung Kupang dan mengorbankan 100 nyawa.

Pada Disember1977, kapal terbang MH 653 (Boeing 737-2H6) berlepas pada 7.21 petang dari Lapangan Terbang Pulau Pinang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Subang di Kuala Lumpur.

Pada 7.46 petang, juruterbang Kapten G.K. Ganjoor semasa mendekati landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Subang melaporkan kepada menara kawalan mengenai kehadiran seorang "perampas yang tidak dikenali" di dalam pesawat.

Insiden dilaporkan kepada serta-merta kepada pihak berkuasa yang membuat persediaan kecemasan.
Namun, beberapa minit kemudian kapten Ganjor memberitahu menara kawalan bahawa beliau akan mengalihkan perjalanan ke Singapura pula.

Malangnya, pesawat MH653 tidak berjaya mendarat di negara itu.

TANJUNG KUPANG
Nahas udara MH653 di Tanjung Kupang

Rakaman suara kokpit mendedahkan suara jeritan dan bunyi pintu kokpit diceroboh. Rakaman tersebut memaparkan berlakunya kekecohan dan kakitangan keselamatan pesawat juga kedengaran cuba mengawal pesawat.

Pada 8.15 malam, semua komunikasi dengan pesawat MH653 terputus.

Pada 8.36 malam, penduduk di Kampung Ladang, Tanjung Kupang melaporkan satu letupan dan kebakaran di paya bakau berdekatan, di mana bangkai MH653 ditemui.

Nahas tersebut meragut semua nyawa di dalam pesawat, termasuk Menteri Pertanian Malaysia, Datuk Seri Ali Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Tan Sri Mahfuz Khalid, dan Duta Cuba ke Jepun, Mario Garcia.

Terdapat spekulasi mengatakan bahawa Tentera Merah Jepun yang bertanggungjawab untuk rampasan pesawat tersebut. Bagaimanapun, spekulasi ini tidak pernah disahkan.

‘Nahas udara Tawau’

Kes nahas udara kedua melibatkan MAS adalah di Tawau yang mengorbakan 34 nyawa dan mencederakan sembilan orang di darat.

Pada September 1995, pesawat Malaysian Airlines Fokker 50 terhempas ketika cuba mendarat di landasan lapangan terbang Tawau.

Pesawat dilaporkan terlajak landasan dan terhempas di kawasan perumahan berdekatan.

Saksi dan kakitangan MAS di lapangan terbang Tawau berkata mereka terdengar satu letupan yang kuat dan kapal yang terbakar tersebut merempuh 20 rumah setinggan di Kampung Seri Menanti, berhampiran dengan lapangan kapal terbang.

tawau
Bangkai Malaysian Airlines Fokker 50 yang terhempas di Tawau pada September 1995

Menurut laporan siasatan, kemalangan itu mungkin disebabkan oleh kegagalan juruterbang mengikuti prosedur operasi standard (SOP). Laporan itu juga menunjukkan kegagalan pembantu juruterbang untuk memberi amaran kepada kapten tentang pengendalian tidak selamat dan juga gagal mengambil alih kawalan pesawat itu.

Satu lagi faktor yang menyumbang kepada nahas itu ialah kegagalan pengawal penerbangan memberikan perkhidmatan trafik udara yang betul.

Pada bulan Oktober 2013, pesawat Twin Otter yang lebih kecil yang dikendalikan oleh MASwings, terhempas apabila mendarat di Sabah.

Pembantu juruterbang dan seorang penumpang terbunuh dalam insiden itu.

sumber : astroawani

Tuesday, 18 February 2014

Dato Hattan feat Waris - Gadis Jolobu







Chorus
(Dato Hattan)
Ko jolobak ko jolbu
Tuai padi tigo tangkai
Kalau kono komat jolobu
Tak mati badan menghasai
Gurindam dulu dulu jangan ponah dipotikai
Tak tahu tanyo dulu jangan goma memandai-mandai

(Waris)
Ughang luar salah tafsir koba gadih kito bahayo
Lopeh coghai semuo ghoto jadi milik dio
Jangan salah anggap napo lobihkan pompuan
Sobab laki boleh hidup kalau campak dalam hutan
Zaman dah boghubah adat di tolan zaman
Dah takdo mewaghisi coghito bertauladan
Apotah laie mengaku ughang nogori
Bilo tanyo suku mano nak jawab pun tak ghoti


Poie tanyo omak poie tanyo uwan
Kok takdo kosompatan buleh tanyo kawan-kawan
Aktiviti bergurindam tolah lonyap dilupokan
“sebagai suatu warisan”

Ulang Chorus

(Dato Hattan)
Wak wak makan padi si lomang dalam buluh
(Waris)
Kok dah dapek yg dicari jgn terlansung semayang subuh
(Dato Hattan)
Ayam berkokok umah ponghulu itu tando haghi nak siang
(Waris)
Kok dah dapek oghang jolobu tak sabar nunggu malam ko siang

(Waris)
Ughang luar salah tafsir koba gadih kito bahayo
Lopeh coghai semuo ghoto jadi milik dio
Jangan salah anggap napo lobihkan pompuan
Sobab laki boleh hidup kalau campak dlm hutan
Zaman dah boghubah adat di tolan zaman
Dah takdo mewaghisi coghito bertauladan
Apotah laie mengaku ughang nogori
Bilo tanyo suku mano nak jawab pun tak ghoti

Poie tanyo omak,poie tanyo uwan
Kok takdo kosompatan buleh tanyo kawan kawan
Aktiviti bergurindam tolah lonyap dilupokan
sebagai suatu warisan

Ulang Chorus

youtube : sini
muat turun mp3: sini

Monday, 17 February 2014

Mawi ft Dato AC Mizal - Al-Haq






(AC Mizal)
Andainya ku bisa putarkan saat waktu,
Ku perbetulkan segala kesilapan lalu,
Andainya kupernah melukakan hatimu,
Izinkan aku mengubati jiwa ragamu,
Segala-gala  suka dan duka,
tak pernah dapat ku lupa,
Daku manusia biasa,
dibawa dosa pahala,
Hidup didunia cuma sementara,
Janganlah leka jangan terpedaya,
Antara kaca dan juga permata.
 
(Mawi)
Ku bersujud padamu,
berdoa pada yang satu,
Padamu aku mengadu,
Allah yang satu,
Mohon petunjuk darimu,
berderai air mataku,
Ku ingin dekat denganmu.
 
Ya Allah x2, 
ampunilah dosa dosaku yang lalu,
Ya Allah x2, 
Maha Pengasih,Penyayang, Maha Mengerti.
 
(AC Mizal)
Andainya kubisa hidup seribu tahun lama lagi,
Ku kota kata kata yang telah ku janji,
Andainya ditakdirkan esok aku pergi,
Susun sepuluh jari memohon diampuni,
Janganlah bersedih berduka,
Berjumpa disana semula,
Kembali kepada pencipta,
Diruang yang luas terbuka,
Pintu syurga dan neraka,
Bertapa kau bersedih berduka dijiwa gelora didalam dilema menanggung derita
 
(Mawi)
Ku bersujud padamu,
berdoa pada yang satu,
Padamu aku mengadu,
Allah yang satu,
Mohon petunjuk darimu,
berderai air mataku,
Ku ingin dekat denganmu.
 
Ya Allah x2, 
ampunilah dosa dosaku yang lalu,
Ya Allah x2, 
Maha Pengasih,Penyayang, Maha Mengerti.
 
(AC Mizal)
 
Allah akhbar, Allah yang Maha Besar,
Mari memuji memuja,
Maha Kaya Berkuasa,
Ampunilah segala dosaku yang lalu
 
Allahhu ya hafizu nafsi waruhi bismillahi jibril
Fi amini bismillahi mikail
Fi shimali bismillahi izrafil
Fi a”mami bismillahi izrail

youtube: http://www.youtube.com/watch?v=rkLeCIrsgTw

Thursday, 2 January 2014

MJ Gadget Shope


Afgan - Jodoh Pasti Bertemu




Andai engkau tahu betapa ku mencinta
Selalu menjadikanmu isi dalam doaku
Ku tahu tak mudah menjadi yang kau pinta
Ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya

Jika aku bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu

Andai engkau tahu betapa ku mencinta
Selalu menjadikanmu isi dalam doaku
Ku tahu tak mudah menjadi yang kau pinta
Ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya

Jika aku bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu

Jika aku jika aku bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu

jika aku bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...