Pages

Followers

Friday 22 February 2013

Lawak jenaka:budak pandai

Ader seorg guru tadika yg tidak percaya wujudnya tuhan dan die pun berfikir bagaimana nk brain wash kanak2 di tadika tsebut supaya tak percaya wujudnya tuhan.Die pun mdpt satu akal...

Guru tadika : Ank2,nampak tak pen ni.
Ank2 : Nampak cikgu.

Guru tadika : Pen ade kn.
Ank2 : Ader cikgu.
kemudia guru tadika td memasukkn pen tu dalam poket die,kemudian bertanya lg..

Guru tadika : Ank2,nampak tak pen?
Ank2 : tak nampak cikgu.

Guru tadika : pen ade tak?
Ank2 : takder cikgu.

Guru tadika: Ank2 nmpk tuhan tak?
Ank2 : tak nmpk cikgu.

Guru tadika : tuhan ader tak?
Ank2 : takder cikgu.

Guru tadika td sgt gembira sbb tujuan die nk brain wash otak bdk2 tu berjaya Ttp dlm byk2 bdk tu ader seorg bdk yg pintar,dan die minta pun mengangkat tgn...

Bdk A : Cikgu bleh sy ckp sesuatu.
Guru tadika : Bleh,mari ke depan.

Bdk A : kwn2 nmpk cikgu tak.
Kwn2 : nampak.

Bdk A : cikgu ader kn?
Kwn2 : ader.

Bdk A : kwn2 nmpk otak cikgu tak?
Kwn2 : tak nampak.

Bdk A: cikgu ader otak tak?
Kwn2 : tak ader. Kehkehkeh, padan muke cikgu

Saturday 16 February 2013

Betapa Pentingnya Backup!





As Salam dan hai Korang.Hari ini aku nak cakap pasai Backup dan restore.Backup dan restore merupakan dua istilah teknikal yang agak sukar diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Jadi, di sini saya ingin terangkan mengenai istilah backup dan restore dalam bahasa yang mudah.
Apa itu backup? Backup adalah proses membuat salinan pada fail-fail dan dokumen-dokumen anda. Salinan tambahan ini dibuat sebagai langkah berjaga-jaga, kerana siapa tahu, esok lusa Windows anda akan rosak dan tidak berfungsi. Atau mungkin anda secara tidak sengaja terbuang data-data anda yang berharga. Proses mengembalikan semula data yang hilang dipanggil sebagai restore.

Adakah backup penting? Sudah tentu! Bayangkan foto-foto yang anda telah simpan bertahun-tahun, atau tugasan-tugasan universiti anda sepanjang semester, tiba-tiba hilang akibat serangan virus. Bagi syarikat-syarikat, ketiadaan backup boleh mengakibatkan kerugian yang amat besar.
Backup boleh dibuat secara manual, iaitu copy dan paste sahaja fail-fail anda ke dalam hard drive yang lain. Terdapat juga cara yang mudah untuk backup satu partition atau har drive, contohnya dengan menggunakan perisian seperti Symantec Ghost atau PING.
Sebenarnya memang susah nak mendidik pengguna komputer untuk membuat backup pada data-data mereka. Tunggulah sampai kena sendiri, baru sedar >_<”

Sunday 10 February 2013

Manusia gemar yang ITU daripada yang INI





Kadang kala manusia lebih gemar mengunjungi PUSAT MEMBELI BELAH daripada mengunjungi MASJID.

Kadang kala manusia lebih gemar berKARAOKE daripada MENGAJI AL-QURAN.

Kadang kala manusia lebih gemar mendengar LAGU HIBURANdaripada mendengar AZAN.

Kadang kala manusia lebih gemar MENGUMPAT daripadaMENASIHATI.

Kadang kala manusia lebih gemar berSOSIAL daripada berIKTIKAF.

Renung-renungkanlah ...


Sumber :http://www.pakpis.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...