Pages

Followers

Sunday 10 September 2017

PTPTN - Kefahaman dan Penyelesaian

Assalamualaikum dan selamat Sejahtera semua

Entry kali pasal PTPTN pulak disebabkan request dari kawan - kawan aku so jom kita kupas skit pasal PTPTN ni.



Ok korang mesti tahu apa tu "PTPTN" kan ? jangan nak cakap tak tahu pulak aku tampar karang.haha😆




PTPTN -  Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.

iaitu Duit yang korang "PINJAM" untuk masa belajar samada kt Universiti, Politeknik atau kolej.

Sekarang kita tahu sapa - sapa yg tak bayar ptptn nama akan masuk "CCRIS". CCRIS menatang apa pulak ?



CCRIS  -  Central Credit Reference Information System 

CCRIS ni ialah maklumat hutang yang ada pada Bank Negara. Kiranya segala hutang ko yg melibatkan bank semua rekod ada pada bank negara. Korang jangan main - main dgn rekod, kalau rekod ccris korang tak cantik bank susah nak percaya bg pinjaman kat kita.


ini rekod CCRIS aku pada 30/6/2017. Kalau korang perhatikan bulan julai,august,september 2016 rekod ccris aku tak cantik.yg paling depan sekali ialah paling latest punya.walaupun rekod yang paling latest dah cantik tp masalahnya ccris 12 bulan rekod ada tulis kat situ.bank tgk pun susah nak lulus pinjaman 😢😢😢. ini pon aku settle tungakan ptptn guna kwsp  akaun 2 .huwaaaa abis duit akaun 2.😓


secara jujurnya aku pon antara orang yg "LIAT" bayar ptptn so rekod ccris aku terok untuk tahun lepas, Alhamdulillah sekarang dah taubat dan bayar ikot jadual.kalau ada duit extra aku bayar lebih.Nak taknak kene cantikkan rekod ccris sebab nak beli rumah la,beli kereta,buat personal loan dan sebagainya.

OK 

Bermula cara Selesaikan masalah PTPTN kita sekarang.

1 - pergi Bank Negara kt 

" Jalan Dato' Onn,50480 Kuala Lumpur, Malaysia "

tak tahu nak pergi ? waze lah brader.

bank negara buka

9 pagi - 5 ptg
Isnin - jumaat

parking kereta kene bayar,parking moto free. Parking rate aku tak tahu sbb tak pernah bawak kereta g sana.

samada korang cuti ataupon lari kejap waktu lunch untuk amik rekod ccris,
ada 2 cara nak amik rekod ccris:

1 - guna mesin kiosk yg ada kt sebelah kanan kaunter(itupon kalau IC korang boleh detect).

2 - Pergi kaunter cakap nak rekod ccris, sis atau bro kt situ akan suruh korang g jugak kt mesin kiosk tu,ko cakap jela mesin kiosk tu tak detect ic ko. nanti dorang akan minta IC dgn lesen memandu dan minta ko duduk dulu.Nanti nama ko dia panggil sis atau bro kt kaunter tu akan bg ic, lesen memandu dan no giliran kt korang,tunggulah no.ekor korang naik nanti pegawai akan bagi rekod ccris ko tu.


dah dapat rekod ccris korang?berapa byk tungakan yg ada?settlekan tungakan korang dulu dan bayar dengan disiplin setiap bulan.

elakkan penstrukturan semula hutang ptptn korang sebab akan bila korang struktur semula ibarat korang gagal membayar hutang dan ada kod dalam rekod ccris.korang google sendirilah kod apa. tp kalau hutang @ tungakan korang agak banyak buatlah penstrukturan semula supaya tak membebankan diri korang. ini aku nasihat tau.

mana nak dapat duit untuk bayar tunggakan?

1 - korang gunakan duit KWSP akaun 2 untuk settlekan tunggakan atau nak bayar habis terus hutang. 

2 - Pinjam duit dekat PAMA (papa dan mama). yg ni aku tak pernah buat lagi

3 - aku cadangkan korang buat direct debit setiap bulan supaya korang disiplin nak bayar hutang.

Impian kita semua besar nak beli kereta, rumah, nak pergi haji,nak g melancung luar negara dan janganlah sebab PTPTN ni korang tak dpt buat semua yg korang impikan.

Akhir kata, aku doakan korang dapatlah lunaskan tungakan dan disiplin bayar setiap bulan.

Doakan aku jugak habis bayar ptptn jugak :-)

ikhlas 

Muhammad bin Zainal Abidin







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...