Pages

Followers

Thursday 30 May 2013

Fungsi Kementerian Dalam Negeri

Fungsi KDN boleh dirumuskan kepada 10 bidang utama, iaitu seperti yang berikut:


              


1. Keselamatan dan Ketenteraman Awam
Memelihara, mengekal dan meningkatkan keselamatan dan ketenteraman awam daripada sebarang ancaman; dan menjalankan penguatkuasaan ketenteraman awam dan keselamatan dalam negeri.
2. Hal Ehwal Pendaftaran
Memastikan pengurusan daftar penduduk di negara ini teratur mengikut Perlembagaan negara.
3. Hal Ehwal Imigresen dan Pekerja Asing
Memastikan pengurusan pengeluaran dokumen perjalanan, urusan keluar/masuk warganegara dan warga asing teratur serta pemberian pas yang bersesuaian kepada warga asing yang tinggal di negara ini selaras dengan akta dan peraturan imigresen.

4. Pengurusan Pertubuhan
Memastikan pengurusan pendaftaran pertubuhan serta persatuan-persatuan teratur mengikut undang-undang berkuat kuasa sedia ada.
5. Pertahanan Awam
Memantapkan pengurusan krisis dan bencana serta operasi menyelamat; dan Meningkatkan penglibatan rakyat sebagai sukarelawan pertahanan awam dalam mencari dan menyelamat mangsa bencana..
6. Anti Dadah
Meningkatkan usaha membanteras bekalan, pengedaran dan penyalahgunaan dadah; dan Meningkatkan keberkesanan pencegahan, rawatan dan pemulihan penagihan dadah.
7. Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran
Mengawal selia dan menguatkuasakan aktiviti penerbitan, percetakan dan pengedaran bahan-bahan penerbitan; dan Memastikan kesahihan dan mencegah penyelewengan teks dan bahan Al-Quran.
8.Kawalan filem
Mengawal selia dan menguatkuasakan aktiviti penerbitan dan pengedaran filem.
9. Pengurusan Sukarelawan
Memastikan pengurusan sukarelawan yang cekap bagi memelihara keselamatan dan kesejahteraan negara, di samping bertindak sebagai ’mata dan telinga’ Kerajaan serta menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan sosioekonomi setempat.
10. Pemulihan dan Pelaksanaan Hukuman
Memastikan pelaksanaan hukuman dan penahanan yang selamat terhadap pesalah; dan Meningkatkan keberkesanan program pemulihan terhadap pesalah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...