Pages

Followers

Friday 17 May 2013

JENIS-JENIS ENJIN MIVEC


Enjin MIVEC

Mitsubishi mivec bukan nama model tapi nama enjin.Mivec merupakan acronym bagi Mitsubishi Intelligent and Innovative Variable Valve Timing . Pada tahun 1992 enjin MIVEC mula di perkenalkan dengan Kod untuk adalah 4G92 yang mempunyai 1597 cc, 175hp, 16 valve. Sistem seperti ini juga digunakan untuk enjin V6 yang mempunyai kod enjin 6A12 dimana enjin ini boleh menghasilkan 200 kuasa kuda.

Enjin MIVEC ini lah yang paling popular di Jepun mahupun di Malaysia.antara model yang guna enjin Mivec termasuklah ..macam Galant (& Eterna), Lancer, Sigma, Debonair, Pajero, RVR, Space Runner, Chariot...Colt Mirage Cyborg.. atau Mirage Asti. Enjin ini mula mendapat perhatian buat peminat permotoran Malaysia khasnya buat pengguna kenderaan jenis Proton khasnya di kalangan pengguna Proton Wira, Satria dan Putra kerana kedudukan enjin yang sama..

Antara model enjin yg guna Mivec ialah



4G92 1.6

4g92 pula ialah sejenis engine yg mana pada masa kini semua orang memanggilnya dengan nama engine MIVEC...ini adalah antara keluarga engine mitsubishi yg latest lepas technology vr4.. oh ya, 4g92 ini juga terbahagi kpd 3 jenis iaitu : 4g92 (standard) ialah yg biasa, 4g92 (silvertop) ialah lebih laju sedikit dari yg standard...dan 4g92 (blacktop) ialah sebuah engine yg mempunyai LSD dan sesuai untuk dijadikan sebagai kereta lumba (ber turbo).....



4G93 1.8
4g93 na nie ada 3 versi..
Enjin 4g93 ade 3 versi.
1. 4g93 sohc (mitsu),
2. 4g93p dohc (putra,gti,r3,waja,wira),
3. 4g93t gsr turbo

Kalau hendak yang jimat guna petrol boleh cuba 4g92 mivec.
Kalau gila kuasa, boleh gunakan 4g93t.
Kalau lagi hendak gila kuasa boleh gunakan 4g92 mivec b.o.t 4g93t
Kalau nak modifide masuk enjin 4g93 - 1.8 sohc@dohc NA @ turbo. Syarat utama kereta mestilah memasang brake disk pada ke empat2 roda bagi kenderaan yang tukar enjin 1.8 keatas..



6A12 2.0 V6
Tak silap aku model fto ade 2.0 mivec dan untuk fto ada 3 variasi..
1. 6A12 2L DOHC N/A non-MIVEC
2. 6A12 2L DOHC Turbo
3. 6A12 2L DOHC MIVEC
Kalau Guna Twin Turbo..ada 2 jenis satu 2.0L dan satu lagi 2.5L.
Kalau nak modifide enjin masuk pada kereta Proton rasanya hanya Proton Perdana Proton Waja Chancellor je yang lulus pakai enjin ni.. ramai yang cakap keupayaan enjin sangat bagus... perbezaan ketara terhadab kelembutan enjin dan pickup yang lebih, sebab enjin 6A12 punya torque lebih besar




4G18 1.6
Seperti yang kita tahu Proton Waja yang asal menggunakan enjin Mitsubishi 4G18 1.6L dan beralih menggunakan enjin Campro .. klu kat body waja enjin 4g18 ni dah ringan je pergi dia, klu masuk kat body wira satria saga lagi la ringan..bagi aku enjin waja mitsubishi 4g18, kalau korang tengok mitsubishi lancer yang sebelum ni ( bukan yang latest ni ek)..enjin dia guna 4g18 la...kalau mitsubishi tak yakin dengan enjin tu tak kan la dia berani letak dalam mitsibishi lancer tu...tapi kena ingat la....mitsubishi lancer tu ada tambahan invec111, power la kalau nak banding waja.. lagi satu sebenarnya casis waja pun sebenarnya serupa dengan casis lancer.


4G15 1.5
semua enjin Proton Wira 1.5 adalah dari mitsubishi. bezanya jika

4G15 - dari mitsubishi
4G15P - dipasang oleh proton (under licensed)
4G15 merupakan sebuah enjin yang manufacturernya adalah Mitsubishi. ianya merupakan sebuah enjin yang sangat popular di Malaysia. secara am nya, 4G15 nie adalah jenis enjin Single Over Head Cam(SOHC) version 4G15 nie dicipta dengan gasoline multi port injection dan mempunyai dalam 92hp pada model Mitsubishi Mirage pada tahun 1993.
Kalau dari enjin asal. 1.3 maksimun untuk 1.5 saja yang lepas JPJ. sama ada nak masuk enjin4G15 standard magma 1.5 atau nak masuk 4g91 - 1.5 dohc masuk engine 4g91 karburator. 4g91 ada 2 spec.iaitu karburator atau injektion.Kalau kamu nak masuk enjin 4G91t sudah cukup memadai..endorse pun senang..masuk 4G91 takde masalah tapak enjin. setiap pertukaran enjin kenalah dapat endorsement dari puspakom dan jpj. ini keperluan standard.enjin 4G91 1500cc boleh didapati dalam bentuk carb atau EFI. jika kamu guna carb, proses conversion lebih mudah kerana tidak memerlukan ECU dan sistem wiring yang kompleks.jika guna EFI lebih rumit. tapi EFI lebih ekonomi dan berkuasa.


Engine codeCapacityConfigurationYear
3A911124 ccStraight-3(2003–present)
3B20659 ccStraight-3(2005–present)
4A901332 ccStraight-4(2003–present)
4A911499 ccStraight-4(2003–present)
4A921590 ccStraight-4(2010-present)
4B101798 ccStraight-4(2007–present)
4B111998 ccStraight-4(2007–present)
4B122359 ccStraight-4(2005–present)
4G151468 ccStraight-4(2003–present)
4G692378 ccStraight-4(2003–present)
4N131798 ccStraight-4(2010–present)
6B312998 ccV6(2006–present)
6G753828 ccV6(2005–present)

Engine codeCapacityConfigurationYear
4G191343 ccStraight-4(2002–06)
4G921597 ccStraight-4(1992–99)
4G63T1997 ccStraight-4(2005–07)
6A121998 ccV6(1993–2000)
6G722972 ccV6(1995–97)
6G743497 ccV6(1997–2000)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...