Pages

Followers

Friday 17 May 2013

SEJARAH PROTON WIRA

Hello geng,

Sebelum nie kita pernah bincang tentang sejarah Proton Saga kan? Kali nie kita share info lak pasal keter Proton Wira lak.

Ok, sebagaimana yang korang sedia maklum, Proton Wira nie dibina dengan berasaskan model Mitsubishi Lancer Evolution GLXI model tahun 1991. Model nie la yang beutl-betul boleh dikatakan model alternatif yang ditawarkan Proton selain model Iswara. Model Proton Wira dilancarkan selepas hampir 8 tahun Proton setakat kuarkan model generasi Proton Saga jer.

Objektif utama pengeluaran Proton Wira ialah untuk menyediakan satu lagi model alternatif Proton selain Proton Saga Iswara dan gak untuk memperkenalkan penggunaan fuel injection system dalam industri keter nasional. Sebenarnya sebelum Proton Wira memang ada model Iswara Cares yang guna fuel injection gak.

Proton Wira dilancarkan pada 21 Mei 1993 [time aku baru jer darjah 5 sekolah rendah] dengan pilihan 2 displacement iaitu model 1.6 XLi dan gak 1.5 GL. Model 1.6 XLi ialah model full-spec dengan enjin SOHC 16 injap 1.6L (4G93) yang pakai fuel injection dan hanya terdapat dalam transmisi automatik 4 kelajuan. Model 1.5 GL lak time tu still pakai enjin Magma Megavalve lagi dan still pakai karburetor. Model 1.5 GL auto lak setakat pakai gearbox 3-speed auto, tak macam 1.6 XLi yang pakai 4-speed auto.

Tahun 1994 lak, option Wira Aeroback diperkenalkan tapi model 1.6 XLi Aeroback lak leh ader option model manual transmission. Tak lama kemudian, model 1.3 GL yang pakai karburetor ditambah dalam keluarga Wira. Wira 1.3 GL adalah varian paling cikai pasal takder takometer.

Time tahun 1995 lak, model Wira 1.8 EXi DOHC yang power giler ditambah di dalam keluarga Wira. Tu la dier model DOHC yang pertama kuaran Proton. Selain tu, model Wira Diesel 2.0D. Untuk menarik minat pembeli supaya beli Wira Diesel nie, kerajaan melancarkan tawaran diskaun road tax 50% untuk sumer model kenderaan diesel yang lepas emission standard Euro 1 (sekarang dinaikkan kepada Euro 2 lak) termasuk la Wira Diesel. Tapi paham-paham jer laa... keter diesel nie payah sket sales kat Malaysia [melainkan kalau teksi Wira] pasal kurang pikap berbanding keter petrol. Lagipun setau aku teknologi commonrail diesel masih belum diperkenalkan lagi kat Malaysia nie. Serentak dengan tu, sikit perubahan kosmetik dikenakan pada gril depan dan gak lampu belakang serta keter Wira kuaran selepas 1995 sumer pakai fuel injection.

Tahun 1997 lak, kereta kesejuta yang dikuarkan oleh Proton adalah model Proton Wira 1.8 kaler gold. Lepas dah lama sangat kat dalam market, kaler grafik meter ditukar pada tahun 2000 dan model Wira 1.6 Limited Edition dikuarkan. Bila Proton Waja 1.6 dah dilancarkan, model Wira 1.6 dah stop production tapi still ada lagi dalam pasaran eksport.

Projek Wira Replacement Model dimulakan pada tahun 1999 untuk merekabentuk model keter yang menggantikan model Wira, dan akhirnya dilancarkan pada Februari 2004 dengan nama Proton Gen.2. Dengan kuarnya model Gen.2 maka keter Wira akhirnya stop production selepas 11 tahun dikuarkan. Tapi sebelum Proton Wira pupus sepenuhnya, model Wira Aeroback 1.5 yang still remaining tu ditune untuk menaikkan 7% kuasa kuda dan dikenakan sikit perubahan grafik meter dan gak gearshift panel dan model yang terhad tu dinamakan Wira SE.

Sekarang nie tak silap aku dah takder jual lagi Wira kat kedai-kedai Proton Edar mahupun Eon, kalau Gen.2 ada laa. Kalau ader yang still teringin nak pakai Wira tu kena cari kedai keter second hand laa jawabnyer. Aper pun, Proton Wira nie melambangkan revolusi industri automotif nasional daripada zaman karburetor kepada zaman fuel injection.
Generasi Kelima 1991–1995

Pada tahun 1991 barulah perbezaan antara model Lancer dan Mirage menjadi semakin ketara. Sungguhpun kedua-dua model tersebut nampak serupa kerana berasaskan pelantar yang sama, namun jenis kepingan keluli yang digunakan adalah berbeza. Pilihan enjin yang ditawarkan adalah daripada enjin 1.3L kepada enjin 1.8L turbo. Model enjin V6 juga diperkenalkan tetapi dengan pilihan enjin 1.6L sahaja, menjadikan Mitsubishi Lancer V6 1.6 sebagai kereta dengan enjin pengeluaran V6 terkecil. Model GSR 1.8 Turbo membentuk asas kepada model Mitsubishi Lancer Evolution yang menggunakan casis yang sama tetapi dengan enjin 2 liter turbo serta sistem aliran kuasa yang diambil dari model rali Mitsubishi Galant VR-4. Dengan Enjin pacuan roda hadapan / Pacuan empat roda (GSR) dan berbekalkan Enjin 1.3 L SOHC I4, 1.5 L SOHC I4, 1.5 L DOHC, 1.8 L SOHC I4, 1.6 L DOHC MIVEC I4 dan 1.8 L DOHC Turbo I4 dengan Transmisi Automatik 4 kelajuan dan Manual 5 kelajuan..Terdapat dalam variasi model Coupe 2 pintu (berasaskan Mirage), Sedan 4 pintu dan Estet 5 pintu
Sekali lagi, Mitsubishi Lancer generasi kelima menjadi asas kepada pengeluaran model Proton Wirapada 21 Mei 1993. Proton dan Mitsubishi kongsi modal Bahagian tengah dikongsi bersama. Depan dan Belakang, design asing-asing. Lampu depan dan belakang share sebab nak kurang kan cost.Hasilnya Proton Wira-Mitsubishi Lancer.Dengan pilihan enjin petrol 1.3L, 1.5L, 1.8L dan enjin diesel 2.0L.Proton Wira dilancarkan dengan pilihan 2 displacement iaitu model 1.6 XLi dan gak 1.5 GL. Model 1.6 XLi ialah model full-spec dengan enjin SOHC 16 injap 1.6L (4G93) yang pakai fuel injection dan hanya terdapat dalam transmisi automatik 4 kelajuan. Model 1.5 GL lak time tu still pakai enjin Magma Megavalve lagi dan still pakai karburetor. Model 1.5 GL auto lak setakat pakai gearbox 3-speed auto, tak macam 1.6 XLi yang pakai 4-speed auto.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...